Khamis, 20 November 2008

..Kelab Media UPSI..


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani....

Ahli-ahli Kelab Media


UPSI-Tanggal 15hb November 2008 hari Sabtu, Kelab Media UPSI telah mengadakan Mesyuarat Penajaan Kelab Media UPSI. Berkat semangat dan sokongan padu daripada sahabat-sahabat yang dikalangan daripada pelbagai kos, Kelab Media UPSI bertapak di UPSI. Dengan sokongan hampir 30 orang ahli, Kelab Media UPSI akan memulakan langkah baru bermula semester depan dengan pelbagai aktiviti yang juga akan melibatkan semua pelajar UPSI kerana objektif Kelab Media UPSI adalah untuk menaikkan nama UPSI seterusnya menyatukan semua pelajar UPSI dalam mengharumkan nama UPSI. Diharap kepada semua pelajar UPSI akan terus menyokong perjuangan Kelab Media UPSI.


Pesona Ikan Hiasan Tanda Kebesaran Ilahi

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…



Sebahagian Kecil Ikan Peliharaan





Ruangan kali ini saya tertarik apabila membaca satu artikel berkaitan dengan pesona ikan hiasan yang dipetik dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sabtu/20081115102106/Article/ .saya berharap dapat berkongsi dengan saudara dan saudari sekalian tentang kehebatan dan kebesaran Allah yang menciptakan makhluknya dalam pelbagai rupa.

Ikan merupakan satu makhluk yang unik yang diciptakan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Pelbagai bentuk dan warna dapat kita lihat pada zaman sekarang yang akan membuatkan seseorang itu terpersona apabila melihatnya. Hamba Allah yang menarik ini diciptakan adalah untuk kepentingan kepada manusia untuk menjalani kehidupan. kita perlu bersyukur kepada Allah kerana daripada banyak-banyak makhluk yang diciptakan olehNya, kitalah seorang hamba yang diciptakan dengan mempunyai akal untuk berfikir. Bagi diri ini, ikan dapat memberikan ketenangkan kepada jiwa apabila berada dalam kerusingan dan pergolakan dengan mengingat kembali akan kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan makhluk…disini saya tidak mahu mengulas panjang ..anda bacalah artikel itu dibawah..mungkin ia dapat menjadikan hobi yang baru untuk anda semua..hohoo..


Pameran Aquafair Malaysia 2008 himpun ratusan spesies ikan hiasan


KATA orang, terapi terbaik dan mungkin paling mudah dilakukan ialah dengan memelihara ikan hiasan. Biarpun seekor ikan gapi yang dibela dalam balang kecil, ia cukup melegakan minda. Tari si ikan dengan ekor panjang memantulkan warna keemasan pada sisiknya, cukup mendamai jiwa. Jika mahu mencari ketenangan, perhatikan ikan kecil berenang ke sana-sini - seolah-olah khayal dalam dunianya sendiri.



Hobi memelihara ikan hiasan sudah lama bertapak di Malaysia. Perhatikan saja rumah kenalan atau saudara-mara yang anda kunjungi, tentu segelintir mereka memiliki akuarium biar kecil sekalipun.

Hobi memelihara ikan hiasan bukan saja dapat memberi nilai baik, terutama kepada si kecil mengenai rasa sayang kepada ikan atau hidupan laut, malah mengajar erti tanggungjawab apabila ikan perlu dijaga, ditukar airnya serta diberi makan apabila tiba masanya.



Bagi individu yang mengikuti perkembangan hobi ikan hiasan, mereka pasti ternanti-nanti kewujudan spesies ikan hiasan baru untuk dipelihara. Suatu waktu dulu, spesies ikan arowana yang boleh mencecah RM40,000 seekor mencetus fenomena di kalangan pencinta ikan hiasan. Mereka sanggup berhabis wang beratus-ratus ringgit bagi mendapatkan anak ikan arowana dan memeliharanya sehingga matang.



Ada yang menjadikan hobi memelihara ikan arowana sebagai sumber pendapatan. Bayangkanlah, jika harganya menyamai sebuah kereta baru, siapa tidak mahu memelihara dan menjual spesies ikan ini yang tidaklah sukar untuk dipelihara di rumah.






Ikan Pari Hiasan




Selepas kegilaan terhadap arowana reda, sejak akhir-akhir ini, spesies ikan pari hibrid yang berasal dari Amerika Selatan pula mendekati hati peminat ikan hiasan di Malaysia.

Jika anda belum pernah melihat lebih dekat ikan pari hibrid ini, apa kata kunjungi Pameran Aquafair Malaysia 2008 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, mulai Khamis ini.



Populariti ikan pari hibrid yang meningkat menjadikan spesies ikan air tawar ini tarikan utama Pameran Aquafair Malaysia 2008. Fizikalnya yang ganjil dan melebar berbanding ikan biasa, menyebabkan ramai ingin memilikinya. Walaupun berbisa (namun tidaklah sebisa ikan pari di laut terbuka), peminat ikan hiasan tetap teruja memeliharanya di rumah.

Mengikut fakta, ikan pari hiasan ini dikenali sebagai South America Freshwater Stingray dari spesies Potamorygon. Malaysia sebenarnya mempunyai spesies ikan pari tempatan tetapi corak pada ikan spesies tempatan tidak menarik untuk dipelihara dalam akuarium.

Sebaliknya, ikan pari hibrid dari Amerika Selatan mempunyai bintik atau tompokan ala batik yang menjadikan ia cukup menarik, terutama ketika ia berenang-renang dan melebarkan sirip atau sayap dalam air.

Sebelum ini, peminat ikan pari hiasan dari Amerika Selatan terpaksa mengimport spesies ikan ini dari benua terbabit. Bekalan ikan pari diperoleh dari habitatnya di Hutan Amazon.

Namun proses membawa masuk ikan pari Amerika Selatan ke Malaysia cukup rumit di mana ia perlu melalui proses kuarantin serta tempoh penghantaran yang panjang. Disebabkan itu, banyak ikan pari Amerika Selatan mati dalam perjalanan.



Namun usaha Syarikat Xian Leng Holdings Berhad yang berpejabat di Shah Alam, Selangor, membiak spesies ikan pari hibrid ini sejak 1996 membawa berita baik kepada penggemar ikan pari hiasan ini. Faktor iklim khatulistiwa dan cuaca di Malaysia yang menyamai keadaan di hutan Amazon membolehkan ikan pari ini dibiak dan disesuaikan dengan keadaan di Malaysia.

Pengarah Eksekutif Xian Leng Holdings Berhad, Tan Cheng Kiat, berkata ikan pari hiasan mula mendapat tempat di kalangan penggemar ikan hiasan kerana rupa dan tarikan fizikalnya.

“Selepas memelihar ikan hiasan lain yang masing-masing memiliki rupa bentuk tipikal, peminat hobi ikan hiasan mula mencari-cari spesies ikan hiasan lain untuk dipelihara di rumah.

“Selepas kita membiak spesies ikan pari Amerika Selatan, kita lihat makin ramai peminat menyedari kehadiran spesies hibrid ini kerana suka melihat bentuknya yang berbeza ketika berenang-renang dalam akuarium di rumah,” katanya ketika ditemui Sabtu di premis Xian Leng Aquatic di Seksyen 2, Shah Alam.

Premis itu dilengkapi aquaritorium mini yang menempatkan beratus-ratus spesies ikan hiasan serta paling menarik, tiada bayaran dikenakan untuk melawat kemudahan ini.



Memerhati gerak-geri ikan pari hiasan yang dipelihari di premis itu, penulis dapat mengagak mengapa ia makin diminati. Ikan pari hiasan yang lebih gemar berada di bahagian bawah akuarium mudah menarik perhatian siapa saja dengan corak batik pada badannya. Setiap kali ia berubah tempat, pergerakan sirip atau sayapnya sungguh mengasyikkan berbanding ikan hiasan lain.

Tan berkata, ikan pari hiasan boleh dibeli pada harga serendah RM338 bagi ikan pari yang masih kecil manakala yang mencapai tahap matang boleh mencecah RM1,700 atau lebih tinggi.

Beliau berkata, seperti ikan hiasan lain, ikan pari hiasan tidak sukar dipelihara asalkan pemiliknya tahu proses yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa seperti menjaga suhu air dan kebersihan.

“Ikan pari boleh diberi makanan ikan kecil atau udang kecil. Mutu air cukup penting dengan alat penapis air perlu dipastikan berfungsi bagi mengekalkan kebersihan dan kesegaran air.

“Tidak banyak pantang menjaga ikan pari hiasan ini melainkan pemilik perlu berhati-hati mengelak terkena sengatnya. Walaupun sengatan ikan pari hiasan tidaklah sebisa ikan pari di laut, langkah pencegahan perlu diambil,” katanya sambil menambah faktor bisa atau racun tidak menjadi soal bagi penggemar ikan pari hiasan.

Tan berkata, ikan pari hiasan boleh membiak selepas mencapai umur setahun setengah atau dua tahun.

“Ini antara faktor mengapa ramai berminat memelihara ikan pari hiasan kerana mahu melihat populasinya makin meningkat,” katanya sambil menambah ikan pari hiasan akan dipamerkan di Aquafair Malaysia 2008 dengan harapan dapat mengulangi fenomena ikan arowana yang diperkenalkan syarikat itu pada pameran sama, dua tahun lalu.

Sementara itu, Aquafair Malaysia 2008 yang membuka pintunya minggu depan, dijangka terus melonjak nama Malaysia sebagai antara pengeluar ikan hiasan terkemuka di dunia. Kelebihan sebagai negara di garisan Khatulistiwa dengan iklim panas, menambah variasi khazanah laut termasuk ikan hiasan.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Che Ayub berkata, Aquafair Malaysia 2008 akan terus meningkatkan keupayaan dan reputasi Malaysia sebagai pengeluar ikan hiasan yang utama di dunia berikutan kejayaan acara pertama pada 2006.

"Kami berbangga kerana Aquafair 2006 meletakkan Malaysia di persada dunia sebagai pengeksport ikan hiasan yang boleh dipercayai.

"Kejayaannya telah memberi dorongan kepada kami untuk mengukuh dan memantapkan pertumbuhan industri ikan hiasan dalam usaha merebut peluang baru di arena antarabangsa," katanya.




FAKTA: Industri ikan hiasan di Malaysia

Industri ikan hiasan Malaysia dijangka mencapai sasaran pengeluaran tahunan sebanyak 800 juta ekor ikan dan menjana nilai eksport mencecah RM300 juta menjelang 2010.

Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar dunia bagi ikan hiasan dengan membekalkan hampir 10 peratus daripada permintaan global.

Industri ikan hiasan tempatan yang pesat berkembang menghasilkan 679 juta ikan tahun lalu bernilai RM192 juta.

Malaysia kini membiak lebih 250 spesies yang merangkumi lebih 550 jenis ikan tempatan dan eksotik bagi pasaran tempatan dan dunia.

Lebih 90 peratus daripada jumlah pengeluaran dieksport ke lebih 30 negara.

Menjelang 2010, Malaysia dijangka menghasilkan lebih 800 juta ikan hiasan untuk memenuhi permintaan pasaran dunia.

Ikan hiasan dianggap sebagai produk nilai tinggi kerana secara perbandingan, nisbah harga ikan perhiasan berbanding yang dibela untuk sajian ialah 100:1 atau secara purata bernilai AS$1.8 juta setan.

Isnin, 17 November 2008

Rehlah Di Kalumpang Bersama Dr.Maarof


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani….

Pada 13 November yang lepas, semua ahli asrama Masjid Jamek Tanjong Malim telah mengadakan satu rehlah yang bertempat di kalumpang. Rehlah ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli dan sempena menyambut majlis perpisahan rakan-rakan dari semester 7 yang telah tamat pengajiannya dan akan berpraktikum pada semester hadapan. Rombongan kami  bertolak pada pukul 9 pagi dari masjid Jamek dengan menaiki  4 biji motosikal. Rombongan kami ini juga disertai oleh Dr.Maarof yang merupakan pensyarah kimia di UPSI dan juga sebagai penduduk tetap asrama masjid Jamek. Rombongan kami ini berakhir pada jam 1 petang dan sampai di Masjid Jamek  lebih kurang jam 2 petang dalam keadaan basah kuyup disebabkan hujan...semoga kegembiraan kami ini dapat dikongsi oleh anda semua..hohoho..





Pintu Masuk Kalumpang Resort


Dari Kiri : Ana, Abg Mi, Hanan, Abg Nazri(duduk), wan Dan Rozaimi


Yum.. sedapnya..


Dari kiri : Abg mi, Rozaimi, Ana, Faez, Wan, Nazri dan Hanan



diorang ni biasa je.. x sejuk ke???



Pelbagai aksi..hehehe


Dari Kiri : Abg Mi, Rozaimi, Dr.Maarof, wan, Ana, Nazri dan hanan.



Ahad, 16 November 2008

Novel Dakwah Pikul Tugas Bantu Pembaca

Disalin dari ruangan Sastera, Berita Harian (Oleh: Nazmi Yaakub)

Mohamad Yazid AbdulMajid

BLOG Zaid Akhtar Online di alamat http://www.myzaidakhtar.blogspot.com/ berkongsi impian penulisnya, Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar untuk menjadikan penulisan novel dakwah sebagai usaha pengarang Muslim melaksanakan tuntutan amar makruf nahi mungkar, sekali gus membentuk generasi ulul albab. 

Pengarang itu berharap karya dakwah yang dihasilkannya mampu mencapai sasaran menjadikan novel dakwah sebagai model kepada pembaca dengan mewujudkan watak protagonis pelajar Islam yang memiliki cita-cita tinggi dan kuat semangat Islam serta mempunyai sifat baik atau mahmudah, bijak bertindak dan sensitif dengan hal ehwal sekelilingnya.
 

“Dalam novel dakwah, watak sebegitu yang perlu ditonjolkan sebagai qudwah hasanah atau contoh yang baik agar pembacanya terkesan dengan bahan bacaan terbabit.

 

“Pembaca kontemporari bukan saja mesti peka dengan isu semasa dan nasib umat Islam di negara lain, bahkan harus prihatin dengan ancaman musuh Islam yang merosakkan umat Islam dengan ghazwul fikri (serangan pemikiran) dan ghazwul tsaqafi (serangan budaya) yang sangat terancang,” laporannya dalam laman terbabit. 

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Arab) daripada Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan, ini mengakui masyarakat sering dilambakkan dengan karya berbau cinta ‘asyik-masyuk’, hanyut tenggelam dan melalaikan sehingga karya berunsurkan dakwah perlu hadir sebagai alternatif kepada pembaca.
 

Sungguhpun demikian beliau tidak melarang mereka yang berkecenderungan menghasilkan novel cinta, beliau mengingatkan agar karya tampil dengan kisah cinta yang terkawal dan selari dengan batas Islam seperti tidak bergaul bebas, patuh ibu bapa dan taat memelihara syariat.

Sebagai penulis yang berpengalaman menghasilkan karya berunsur Islam, Zaid Akhtar memberi beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menghasilkan teks bermutu dalam genre ini dengan menyelitkan pemikiran dan ilmu yang berupaya membangunkan diri serta rohani pembaca. 

“Karya dakwah yang mempunyai jati diri Islam dan Melayu di negara ini mampu bertindak sebagai perisai kepada pembaca genre ini dalam menghadapi serangan budaya dan pemikiran buruk yang bertali arus daripada pelbagai arah,” katanya.
 

Novelis dan cerpenis kelahiran Endau, Mersing pada 16 April 1977 ini dikenali dengan novel, Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus dan Justeru Impian di Jaring yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan manakala novel terbarunya, Salju Sakinah, memasuki carta terlaris di pasaran.
 

Zaid Akhtar yang berkhidmat sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, kini menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya (UM).

 

Sabtu, 15 November 2008

..Keberkatan Penggunaan Masa..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani….


Alhamdulillah , segala puji hanyalah  bagi Allah S.W.T yang menciptakan tangan untuk menulis dalam blog ini. Pertama kalinya memohon maaf kepada semua yang pernah melawat blog ini kerana  sudah lama tidak mengupdetkannya… aduiii, terasa mennyesal plak kerana tidak mengaktifkannya untuk menyumbat segala cabang ilmu yang terdapat dalam dadaku ini. Bukan tidak mahu, tetapi mengikut  sejarah hormone badanku ini, aku tidak akan melakukan sesuatu perkara yang kurang penting dikala ada banyak perkara lain lagi yang lebih penting untuk dilakukan  kerana musim exam telah tiba pada waktu ini..jadi penulisan dalam blog ini terpaksa dihentikan sementara untuk memfokuskan kepada exam yang akanku lalui nanti..Maafkan daku wahai blogku, dengan izin Allah, aku akan memenuhkan kembali wajahmu dengan ilmu-ilmu Allah..


Sekarang dah masuk finall..Diriku dipenuhi dengan kesibukan gara-gara exam yang ku hadapi pada hari ini. Semalam aku terpaksa melelapkan mata jam 3 pagi untuk menghabiskan silibus pembacaanku untuk exam keesokkan harinya.  Alhamdulillah aku telah melepasi 2 paper pada hari ini iaitu Bahasa Arab dan Hadith..cuma tinggal 2 paper lagi untuk ku tamatkan pembelajaran pada semester ini iaitu subjek ushul fiqh dan pemikiran islam iaitu subjek yang paling ku gemari..huhuhu.. masa berjalan dengan cepatnya..pejam celik pjam celik  dah nak nak habis sem dah.. Sekejap saja waktu berjalan aku telah habis sem 3 dan memasuki sem 4 untuk tahun hadapan.


Kenapa kita merasakan bahawa masa yang kita lalui itu terlalu cepat ? Jawapannya adalah kerana masa yang kita lalui itu tidak berkat. Kenapa tidak berkat ? ini adalah kerana kita tidak pandai menggunakannya dengan sebaiknya. Jika kita fikirkan tentang seorang tokoh yang bernama Imam Suyuti yang menulis berbagai-bagai buah kitab,  jika dikirakan masa yang ada untuk menulis satu halaman drp kitab-kitabnya itu  anggarannya adalah tidak sampai 5 minit. Jika dicampurkan semua masa untuk menulis seluruh kitabnya dan dibandingkan dengan umur hayatnya adalah mustahil untuk menghabiskan seluruh penulisannya. Inilah yang dikatakan  masa yang digunakan adalah berkat. Begitu juga dengan tokoh2 yang lain seperti Imam Ghazali dll.  Inilah yang dikatakan oleh Ustaz zulfikar Shah selaku pensyarah saya berkaitan dengan masa.


Berkaitan dengan penggunaan masa ini juga ada disebutkan dalam sebuah kitab yang mengandungi 40 hadith tentang peristiwa akhir zaman. Saya masih teringat lagi berkaitan hadith tu yang dipelajari sewaktu di bangku sekolah dahulu yang berbunyi :

 

 Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". 

 

Daripada hadith ini menunjukkan bahawasanya tidak akan berlaku kiamat jika masa yang kita lalui tidak berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut meninggalkan kita, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu oleh masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Sepatutnya ,kitalah yang memburu masa bukan masa yang memburu kita. Adakah kita semua sedar akan perkara ini? Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa jika kita tidak tahu  menggunakannya dengan sebaiknya.



Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat. 


Selain daripada hadith diatas, Allah S.W.T juga ada menyebutkan berkaitan dengan penggunaan masa didalam kitabNya al-Quranul karim dalam surah al-‘Ashr yang merupakan surah ke-103 daripada 114 surah. Saya merasakan tidaklah perlu dihuraikan berkaitan surah ini kerana kita semua sudah maalum berkaitan makna dan isi kandungan surah ini. Dan kita semua sering mengamalkannya sewaktu dalam solat dan ketika hendak menutup sesuatu majlis.


Daripada hadith dan firman Allah ini, cuba kita renung sejenak berkaitan keadaan yang berlaku pada zaman kini. Adakah penggunaan masa yang di maksudkan dalam hadith ini bertepatan dengan keadaan kita pada masa sekarang. Jika bertepatan apa yang yang dikatakan oleh hadith itu dengan zaman sekarang, maka persiapkanlah diri kita untuk berhadapan dengan Allah S.W.T  di akhirat kelak. Semoga daripada catatan yang serba kekurangan ini dapat menyedarkan kita sebagai umat islam dalam menguruskan masa dengan sebaiknya. Dan fikirkanlah apa yang telah dikatakan oleh hadith Nabi diatas, adakah bertepatan dengan diri kita ataupun tidak.. Jika bertepatan , marilah kita sama-sama mengubahnya kearah yang lebih baik….hehehe..wassalam..
 


 

 

Isnin, 3 November 2008

< Satu Nasihat Dlm Menghadapi Imtihan >

who has created death and life that He may test you which of you is best in deed? And he is the All Might, the oft forgiving. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun (QS Al-Mulk :2)

Kita lahir didunia, sudahlah pasti kita akan mati jua, sebab kita telah menempuh hidup, dan diantara waktu hidup dan mati itulah kita sebagai anak adam menentukan nilai diri kita. Yang menjadi pertanyaan besar, apa yang dilakukan dan diperjuangkan hambaNya menghadapi peperiksaan Allah dalam kehidupan ini, untuk tampil sebagai Juara , Pemenang, atau Pelajar Terbaik disisi Allah.

Ya, semua orang amat mengidamkan sebutan ini, As-Syahid Quthub seorang Ulama' Mesir, menyebutkan bahawa cirri-ciri pemenang adalah hamba Allah yang mewakafkan seluruh kehidupannya hanya untuk beribadah kepadaNya, memperjuangkan aqidah serta agama yang dimilikinya, mempertahankan aqidah ditengah percaturan hidup, mempertahankan  aqidah untuk tidak goncang kerana godaan nikmatnya  dunia mahupun ancaman daripada pihak-pihak yang tidak menginginkan aqidah tersebut tumbuh. 

Dengan memperjuangkan aqidahnya, jiwa menjadi bebas dari perhambaan hidup, aqidahnya tidak dikorbankan kerana cinta hidup, bahkan lebih suka mati.Nilai markah peperiksaan terbesar dalam perhitungan Allah adalah kemenangan aqidah, perniagaan yang beruntung di pasar Allah adalah perniagaan Iman, kemenangan dalam bentuknya tertinggi ialah kemenangan mental asas dasar material, kemenangan aqidah atas penderitaan, kemenangan Iman atas fitrah, maka dalam hal ini jiwa sang pemenang adalah menang atas ketakutan dan penderitaan, menang atas kemewahan hidup duniawi, menang atas fitrtah, menantg atas keyakinan yang difikirkan dalam kehidupannya, suatu kemenangan yang mengangkat darjat manusia universal.

Pelajar cemerlang ialah hamba Allah yang selalu melaksanakan apa yang dikehendaki Allah, dimana sahaja, bila masa dan bagaimana sahaja. Mereka akan terus bekerja layaknya seorang sang buruh  sang pemilik segala urusan untuk memperolehi hasil yang telah tertentu, dan Allah memberi  imbalan yang indah khususnya untuk mereka yang menjadi sang pemenang atau best student.

Begitulah perjalanan kehidupan yang selalu terbentang dengan peperiksaan Allah, suatu saat berhasil menghadapinya, tetapi kadangkala pula manusia tidak terhindar dari kesalahan dan gagal menghadapinya, yang penting kemampuannya untuk dapat bangkit kembali. Seseorang itu perlu bangkit

kembali setelah terjerumus dalam kegagalan  dan tidak akan berputus asa tetapi menyedihkan apabila seseorang itu gagal dan terjerumus dalam kemaksiatan tetapi diam dan menetap sebagai orang yang nista.

Yakinlah bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada hambanya yang ingin berbuat baik  sesuai dengan  ketentuannya. Tidak akan ada kebimbangan terhadap hambaNya yang selalu berjuang dan berusaha utuk mencapi kejayaan. Bangkitlah dan impikan akhiran yang baik diakhirat kelak, itulah yang dinantikan oleh pelajar terbaik !!


Sabtu, 1 November 2008

...Perjuangan Satu Pengorbanan...


Apakah sudah kering lautan darah yang tertimbus di bumi ini?
Ataupun masih bergelora di pembuluh-pembuluh darah
pemuda-pemuda pejuang kebenaran yang menunggu qada takdir
di saat jundullah bergembira dengan kemenangan..dan ke'syahid'an..

Jangan diungkapkan syahid itu satu kematian,
bahkan mereka hidup, hidup di sisi Tuhan,
di makam yang tinggi lagi diidamkan,
di benak sanubari para pendokong keadilan.

Usahlah engkau gentar akan pengamal taghut itu!
Sesungguhnya janji Tuhan pasti berlaku,
diiringi doa penghuni bumi dan lautan,
dan malaikat yang turun berturut-turutan,

Membina daulah berperlembagaan Al Quran,
haq dan batil pasti kau pisahkan,
mengambil sunnah sebagai garis panduan,
tiada lagi ruang untuk kekufuran.

Fasad dan syirik bukan lagi barah,
membina ummah yang bermaruah,
biarlah ke bumi tumpahnya darah,
menjadi dakwat pencatat sejarah..



KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS...



1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Ucapan Takziah Buat Ust. Anhar dan Keluarga – al-Fatihah..



Salam takziah buat Ust.Anhar bin Opir dan keluarga...diatas pemergian bonda yang tersayang buat selama-lamanya. Semoga ustaz tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup yang seterusnya. Semoga Allahyarhamah diRedhai dan diBerkati oleh Allah S.W.T. serta diampunkan segala dosa-dosa beliau. amiin! Pesanan buat yang masih bernyawa: "Buatlah persiapan sebaik-baiknya untuk hari Akhirat, ketahuilah bahawa setiap yang bernyawa pasti merai MATI. Dan sebaik-baik bekalan ialah TAQWA."

Isnin, 27 Oktober 2008

SENARAI ULAMA AHLI SUNNAH DUNIA TERKINI



Penulisan ini akan memfokuskan pengenalan ringkas tentang ulama dunia Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal di sekitar 50 an keatas ( kurun ke 19-20) – Pemfokusan lebih kepada bidang Fiqh. Ia bertujuan memperkenalkan kepada para pembaca nama para ulama muktabar zaman ini bagi memudahkan rehlah ilmu kita semua.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa senarai tokoh-tokoh yang disebut ini disusun atas dasar beberapa contoh kumpulan ulama terpilih (menurut penulis) dan bukan terhad jumlahnya seperti dalam senarai. Dan bukan juga merangkumi kesemua nama ulama yang wujud . Ia dibuat atas kaedah 'Ala sabil al-mithal wa laisa ala sabil al-hasr.


Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an):

Bil. Nama Negara Kemahiran Tahun Wafat / Lahir

1. Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah Mesir Mesir – Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am Wafat 1974 m
2. Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf Mesir - Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an
3. Syeikh Muhammad al-Ghazali - Mesir Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah Wafat 1998 m
4. Syeikh Mustafa As-Sobri - Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu Wafat sekitar 60-70 an
5. Syeikh Muhd Amin as-Shanqiti - Asal Mawratania,Mekah Tafsir, Fiqh, Aqidah Wafat thn 1973 m
6. Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki - Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m
7. Syeikh Mahmud as-Syaltut - (Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu Mesir Fiqh dan Fatwa ‘am, penggerak kepada gerakan Taqrib mazhab sunni –syiah
8. Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi - India Keturunan Nabi. Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat
9. Imam As-Syahid Hasan Al-Banna - Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah, semua bidang Islam. 1948 M
10. Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi - India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M
11. Syeikh Hasan Al-Habannakah - Syria Aqidah, Fiqh dll wafat.
12. Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa - Syria (lahir) & Jordan Fatwa ‘Am, Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 Civil & Islam dan lain2. Di anggap sampai tahap Mujtahid. 1998 M
13. Syeikh Abd Razak As-Sanhuri - Mesir Undang2 dan Fiqh
14. Syeikh Abd Aziz Bin Baz - Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam. Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia Wafat
15. Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani - Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Ulama Salafi Moden 2000 M
16. Syeikh Abd Hayy Al-Katani - Mesir Ulama Besar Hadith & Pakar Hadith Mesir , Nizom al-Mal
17. Syeikh Ahmad Muhd Syakir - Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh
18. Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba’ie - Syria Fiqh dan Undang2 dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan
19. Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari - Maghribi,Mesir Pakar Hadith dan Ulum nya Wafat 1959 m
20. Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah - Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m
21. Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur - Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh, Lughah & tokoh Maqasid Syariah kurun ini Wafat 1973 M
22. Syeikh Nuruddin Ar-Raniri - Acheh Fiqh Kurun ke 17
23. Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari - Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M
24. Syeikh Daud Al-Fatani - Nusantara Fiqh Kurun ke 19
25. Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani - Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke18
26. Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud - Mesir Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah .
27. Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi - India Pakar Hadith dan Ulumnya Wafat 90 an.

Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol di dunia Akademik dan Dakwah

1. Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi - Mesir (lahir)Skrg di Qatar BA – UsuluddinMA (Ulum Quran & Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , thn 1973 )*Pakar Fatwa ‘Am.*Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia.* Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926
2. Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti - Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar )Fatwa am, Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929
3. Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli - Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, thn 1963 ). Ex Majma Fiqh. Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932
4. Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli - Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE
5. Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir - Jordan , skrg Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.
6. Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot - Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll.
7. Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn - Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969)
8. Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha - Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970)
9. Syeikh Dr Fathi Yakan - Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat.
10. Prof. Dr. Nazih Hammad - SyriaSaudiSkrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm QuraPakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia
11. Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman - Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh
12. Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid - Saudi Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Pengerusi Majma Fiqh Dunia
13. Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin - At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.
14. Syeikh Sodiq Al-Habannakah - Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah
15. Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni - Mesir Fiqh dan Usul Fiqh
16. Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan - Mesir Fiqh Muqaran
17. Prof. Dr Muhammad al-Baltaji - Mesir Phd Al-azhar tahun 60 an. Pensyarah Univ. Al-Qaherah Pakar Fiqh dan Usul Fiqh.
18. Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr - Mesir Pengerusi Majma Buhuth Islamiah. Pakar Fiqh dan Fatwa ‘Am
19. Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni - Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an
20. Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas - Jordan PhD Tafsir Al-Azhar thn 72. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk
21. Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi - Jordan PhD tafsir thn 84, Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran
22. Syeikh Ibrahim al-‘Ali - Jordan Pakar Hadith dan Sirah
23. Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim - Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ. Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk
24. Prof. Dr Rafiq Al-Masri - Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional
25. Prof. Dr Kurshid Ahmad - Skrg UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam .
26 .Prof. Dr Umar Chapra - Dulu UK Ex Pensyarah di Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam
27. Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie - India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam
29. Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni - Saudi (dulu) Ex- Univ Madinah. Ulum Quran
30. Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan - Iraq, Skrg di Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am .
31. Prof. Dr Sodiq Dharir - Sudan Univ. Al-Kharthoum SudanAhli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat .
32. Prof. Dr Ali Ahmad Salus - MesirQatar (skrg) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat
33. Syeikh Prof Dr. Hasan As-Syazili - Kuwait Ahli Majma’ Fiqh
34. Prof Dr Ali Ahmad Salus - Qatar Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat
35. Prof Dr. Haron Din - Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam
36. Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di - Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dgn First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Ex Mufti Iraq. Pensyarah di Univ Mu’tah, Jordan
37. As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim - Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.
38. Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin - Jordan Punyai 2 MA iaitu Fiqh & Undang2, PhD Fiqh (al-Azhar) thn 72 Pensyarah Univ. Jordan. Digelar Ulama teralim Jordan skrg. Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah. Fiqh Perubatan Kontemporari.
39. Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar - Jordan PhD Al-azhar tahun 80, Univ. Zarqa Ahalliah. Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir . Fatwa ‘Am.Terkenal di Jordan.

Sekian, Fikir-fikirkanlah...

© Copyright 2009 / 1430H by Mujahid Sufi. Template by : x-template.blogspot.com. - Site Design by HALIM