Sabtu, 1 November 2008

...Perjuangan Satu Pengorbanan...


Apakah sudah kering lautan darah yang tertimbus di bumi ini?
Ataupun masih bergelora di pembuluh-pembuluh darah
pemuda-pemuda pejuang kebenaran yang menunggu qada takdir
di saat jundullah bergembira dengan kemenangan..dan ke'syahid'an..

Jangan diungkapkan syahid itu satu kematian,
bahkan mereka hidup, hidup di sisi Tuhan,
di makam yang tinggi lagi diidamkan,
di benak sanubari para pendokong keadilan.

Usahlah engkau gentar akan pengamal taghut itu!
Sesungguhnya janji Tuhan pasti berlaku,
diiringi doa penghuni bumi dan lautan,
dan malaikat yang turun berturut-turutan,

Membina daulah berperlembagaan Al Quran,
haq dan batil pasti kau pisahkan,
mengambil sunnah sebagai garis panduan,
tiada lagi ruang untuk kekufuran.

Fasad dan syirik bukan lagi barah,
membina ummah yang bermaruah,
biarlah ke bumi tumpahnya darah,
menjadi dakwat pencatat sejarah..



1 ulasan:

nawfal_timur berkata...

salam `alek...pjuangn bknlah suatu perkara yg mudah..Tp mudah dgn kata-kata..Pjuangn tu perit, pyh, kdg2 seperti sengatan berbisa..Sbb tulah tidak ramai berbondong2 kearahnya walaupun bgtu ramai yg inginkannya..Fastaqim kama umir! (^-,^)

© Copyright 2009 / 1430H by Mujahid Sufi. Template by : x-template.blogspot.com. - Site Design by HALIM