Sabtu, 15 November 2008

..Keberkatan Penggunaan Masa..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani….


Alhamdulillah , segala puji hanyalah  bagi Allah S.W.T yang menciptakan tangan untuk menulis dalam blog ini. Pertama kalinya memohon maaf kepada semua yang pernah melawat blog ini kerana  sudah lama tidak mengupdetkannya… aduiii, terasa mennyesal plak kerana tidak mengaktifkannya untuk menyumbat segala cabang ilmu yang terdapat dalam dadaku ini. Bukan tidak mahu, tetapi mengikut  sejarah hormone badanku ini, aku tidak akan melakukan sesuatu perkara yang kurang penting dikala ada banyak perkara lain lagi yang lebih penting untuk dilakukan  kerana musim exam telah tiba pada waktu ini..jadi penulisan dalam blog ini terpaksa dihentikan sementara untuk memfokuskan kepada exam yang akanku lalui nanti..Maafkan daku wahai blogku, dengan izin Allah, aku akan memenuhkan kembali wajahmu dengan ilmu-ilmu Allah..


Sekarang dah masuk finall..Diriku dipenuhi dengan kesibukan gara-gara exam yang ku hadapi pada hari ini. Semalam aku terpaksa melelapkan mata jam 3 pagi untuk menghabiskan silibus pembacaanku untuk exam keesokkan harinya.  Alhamdulillah aku telah melepasi 2 paper pada hari ini iaitu Bahasa Arab dan Hadith..cuma tinggal 2 paper lagi untuk ku tamatkan pembelajaran pada semester ini iaitu subjek ushul fiqh dan pemikiran islam iaitu subjek yang paling ku gemari..huhuhu.. masa berjalan dengan cepatnya..pejam celik pjam celik  dah nak nak habis sem dah.. Sekejap saja waktu berjalan aku telah habis sem 3 dan memasuki sem 4 untuk tahun hadapan.


Kenapa kita merasakan bahawa masa yang kita lalui itu terlalu cepat ? Jawapannya adalah kerana masa yang kita lalui itu tidak berkat. Kenapa tidak berkat ? ini adalah kerana kita tidak pandai menggunakannya dengan sebaiknya. Jika kita fikirkan tentang seorang tokoh yang bernama Imam Suyuti yang menulis berbagai-bagai buah kitab,  jika dikirakan masa yang ada untuk menulis satu halaman drp kitab-kitabnya itu  anggarannya adalah tidak sampai 5 minit. Jika dicampurkan semua masa untuk menulis seluruh kitabnya dan dibandingkan dengan umur hayatnya adalah mustahil untuk menghabiskan seluruh penulisannya. Inilah yang dikatakan  masa yang digunakan adalah berkat. Begitu juga dengan tokoh2 yang lain seperti Imam Ghazali dll.  Inilah yang dikatakan oleh Ustaz zulfikar Shah selaku pensyarah saya berkaitan dengan masa.


Berkaitan dengan penggunaan masa ini juga ada disebutkan dalam sebuah kitab yang mengandungi 40 hadith tentang peristiwa akhir zaman. Saya masih teringat lagi berkaitan hadith tu yang dipelajari sewaktu di bangku sekolah dahulu yang berbunyi :

 

 Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". 

 

Daripada hadith ini menunjukkan bahawasanya tidak akan berlaku kiamat jika masa yang kita lalui tidak berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut meninggalkan kita, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu oleh masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Sepatutnya ,kitalah yang memburu masa bukan masa yang memburu kita. Adakah kita semua sedar akan perkara ini? Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa jika kita tidak tahu  menggunakannya dengan sebaiknya.



Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat. 


Selain daripada hadith diatas, Allah S.W.T juga ada menyebutkan berkaitan dengan penggunaan masa didalam kitabNya al-Quranul karim dalam surah al-‘Ashr yang merupakan surah ke-103 daripada 114 surah. Saya merasakan tidaklah perlu dihuraikan berkaitan surah ini kerana kita semua sudah maalum berkaitan makna dan isi kandungan surah ini. Dan kita semua sering mengamalkannya sewaktu dalam solat dan ketika hendak menutup sesuatu majlis.


Daripada hadith dan firman Allah ini, cuba kita renung sejenak berkaitan keadaan yang berlaku pada zaman kini. Adakah penggunaan masa yang di maksudkan dalam hadith ini bertepatan dengan keadaan kita pada masa sekarang. Jika bertepatan apa yang yang dikatakan oleh hadith itu dengan zaman sekarang, maka persiapkanlah diri kita untuk berhadapan dengan Allah S.W.T  di akhirat kelak. Semoga daripada catatan yang serba kekurangan ini dapat menyedarkan kita sebagai umat islam dalam menguruskan masa dengan sebaiknya. Dan fikirkanlah apa yang telah dikatakan oleh hadith Nabi diatas, adakah bertepatan dengan diri kita ataupun tidak.. Jika bertepatan , marilah kita sama-sama mengubahnya kearah yang lebih baik….hehehe..wassalam..
 


 

 

0 ulasan:

© Copyright 2009 / 1430H by Mujahid Sufi. Template by : x-template.blogspot.com. - Site Design by HALIM